Kelas Persendirian Rabiyah Binti Mahadi

5 Mac 2020 | Aktiviti Terkini

4 Mac 2020 – Puan Rabiyah Mahadi, seorang usahawan di Linggi telah hadir ke PI Linggi untuk belajar secara persendirian tentang cara-cara pengiklanan di platform jual beli online iaitu mudah.my dan booking.com pada 4 Mac 2020 selama 2 jam.

Beliau yang ingin mengiklankan homestay yang diusahakannya dan juga lot tanah yang ingin dijual telah diajar oleh Penolong Pengurus PI Linggi iaitu Norhapidah Mokhtar tentang cara mendaftar dan beriklan di laman web tersebut. Selain itu Puan Rabiyah turut diajar tentang bagaimana untuk meletakkan pautan iklan ke laman sosial seperti Facebook dan Instagram.

Bagi memudahkan urusannya dengan pelanggan, Norhapidah membantu Puan Rabiyah untuk memuat turun aplikasi booking.com dan mudah.my ke dalam telefon bimbit seterusnya mengajar beliau cara menggunakan aplikasi itu.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali